Selasa, 28 Agustus 2012

kesan merokok


NOTA* Jika anda ingin berhenti dari merokok, adakah anda tahu apa yang perlu anda lakukan untuk menahan gelora ketagihan merokok?
faktor dan kesan merokok


Faktor
Adakah anda tahu sebab kenapa anda menyalakan rokok anda? Jika anda masih merokok, anda perlu tanya pada diri sendiri, “ Adakah saya sudah bersedia untuk berhenti merokok?” Boleh tak saya berhenti dengan jayanya.
Ada dua faktor yang akan membantu anda untuk berjaya. Faktor tersebut adalah
1. Anda mesti ada keinginan untuk berhenti merokok.
2. Anda mesti yakin bahawa anda boleh.
Bagi saya, semua manusia tiada masalah untuk menghadirkan keyakinan dalam diri mereka. Seperti merokok, saya percaya anda tiada masalah untuk yakin bahawa anda boleh berhenti mereka. Dah yakin tetapi kenapa masih gagal ? Kegagalan selalunya berpunca dari pelbagai sebab yang lain dan jangan biarkan tahap keyakinan  dan keinginan anda jatuh.
Rokok sangat susah untuk di tinggalkan kerana ia selalunya memberi kesan kepada minda anda. Ketagihan merokok memberi satu cabaran kepada perokok untuk berhenti merokok. Anda perlu sedar akan perkara ini dan sepatutnya anda boleh jangka apa yang bakal berlaku nanti. Apabila anda rasa semangat hendak berhenti, lakukannya dengan bersemangat juga. Apabila anda mula rasa tidak mampu, relaks dulu. Ia adalah proses biasa seorang perokok untuk berhenti merokok.
Kesan
Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoh kanser paru-paru. Fikirkan perkara ini sejenak, bukankah penting untuk anda hidup lebih lama supaya anda boleh merasakan kebahagian hidup lebih lama dan berupaya menjimatkan kos perubatan yang semakin meningkat.
Bahana merokok :
- 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut
- 12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru
- 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks
- 6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati
- 2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.
Kewangan sekarang  yang semakin meruncing memerlukan anda untuk lebih berfikir secara rasional seperti adakah anda perlukan rokok untuk hidup?
P/s Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan keinginan merokok setiap kali ia menyerang anda? 


Sumber
         artikelmerokok.blogsport.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar